Terma dan Penggunaan

  1. Terma Penggunaan - Usimmasjidpro ("Usimmasjidpro", "Perkhidmatan", "kami", "kita" atau "milik kami") ialah satu sistem pengurusan yang dibangunkan untuk memudahkan urusan pentadbiran masjid dan surau. Ia menggabungkan modul pentadbiran, pengurusan, dan kewangan bagi meningkatkan pengurusan masjid dan surau serta komunikasi dengan pengguna dan juga ahli kariah.

    Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini serta Polisi Privasi kami. Jika anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya menggunakan Perkhidmatan ini.

  2. Perkhidmatan Kami - Perkhidmatan ini disediakan oleh HPCS Sdn. Bhd., beralamat di 24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

  3. Penggunaan Perkhidmatan - Perkhidmatan ini hanya ditujukan kepada organisasi dan individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda mengesahkan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan ini.

    Kami memberikan anda lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh ditamatkan untuk menggunakan Perkhidmatan bagi tujuan yang dibenarkan sahaja. Sebarang penggunaan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, termasuk menyalin, mengubah, mengedar, menjual, atau menyewa mana-mana bahagian Perkhidmatan, adalah dilarang.

  4. Akaun dan Pengguna - Terdapat dua jenis akaun dalam sistem ini:

    Pemilik - Akses akan diberikan melalui nama pengguna dan kata laluan khusus, Pemilik akan ditambah terlebih dahulu oleh pihak Usimmasjidpro sebelum dapat menggunakan sistem.
    Pengurus/ Kakitangan - Akses diberikan melalui nama pengguna dan kata laluan khusus. Staf perlu ditambah terlebih dahulu oleh Pemilik sebelum dapat menggunakan sistem.
    Ahli Kariah - Akses diberikan melalui No. Kad Pengenalan dan kata laluan khusus. Ahli Kariah perlu daftar terlebih dahulu oleh pihak kami sebelum dapat menggunakan sistem.


  5. Harta Intelek - Semua ciri dan fungsi sistem adalah milik kami. Sebarang penggunaan bahan yang dilindungi hak cipta tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang, kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

  6. Hak Milik Data - Semua data yang dimuat naik oleh pengguna kekal milik pengguna. Kami tidak akan menjual atau mengeksploitasi data anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran. Kami hanya menggunakan data tersebut untuk tujuan penyampaian perkhidmatan mengikut terma ini dan Polisi Privasi kami.

  7. Keselamatan Akaun - Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan akaun masing-masing, termasuk kerahsiaan kata laluan. Segala akses atau tindakan yang berlaku melalui akaun anda adalah tanggungjawab anda. Sekiranya berlaku pencerobohan, anda perlu maklumkan kepada kami dengan segera.

    Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda tanpa notis jika terdapat pelanggaran terhadap terma ini atau jika akaun disalah guna.

  8. Caj Langganan - Tiada sebarang caj langganan dan semua pengguna dan ahli kariah boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma

  9. Kebolehpercayaan Perkhidmatan - Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perkhidmatan tersedia sepanjang masa, kecuali waktu penyelenggaraan atau situasi luar jangka. Namun, kami tidak menjamin akses tanpa gangguan atau bebas daripada ralat.

    Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat gangguan perkhidmatan.

  10. Penafian Jaminan - Perkhidmatan ini disediakan “seadanya” tanpa sebarang jaminan tersurat atau tersirat. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlindungan keselamatan data mereka termasuk keperluan antivirus dan salinan sandaran.

  11. Had Tanggungjawab - Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung yang berpunca daripada penggunaan atau ketidakmampuan menggunakan sistem ini, termasuk kehilangan data, keuntungan, atau reputasi.

  12. Tanggung Rugi - Anda bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi kami daripada sebarang tuntutan, kerugian, atau kos yang timbul akibat pelanggaran terhadap Terma Penggunaan ini atau penyalahgunaan sistem.

  13. Undang-undang dan Bidang Kuasa - Terma Penggunaan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.

  14. Pindaan dan Penamatan - Kami boleh mengubah Terma ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan diumumkan melalui platform ini. Penggunaan berterusan selepas perubahan menunjukkan persetujuan anda terhadap terma yang dikemas kini.

    Kami juga berhak untuk menamatkan akses anda pada bila-bila masa jika berlaku pelanggaran. Penamatan secara bersama boleh dibuat dengan notis bertulis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa.

Tarikh Akhir Kemaskini: 1 Januari 2026

© 2026, USIMMasjidpro

Alamat

24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor DE

Telefon : +603 5887 3341 (Pejabat)  |  +6011 2081 9331 (Whatsapp)

We have 52 guests and no members online