Berita & Blog

Taklimat USIMMasjidPro di Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tapah, Perak

Taklimat USIMMasjidPro di Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tapah, Perak

Satu Sesi Taklimat, Aplikasi USIMMasjidpro telah diadakan pada 25 September 2025, jam 2,30 petang bertempat di Masjid Jamek Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tapah, Perak. 

USIM melalui anak syarikat mereka iaitu USIM Holdings telah diwakili oleh Sdr CEO - Ahmad Shukri Zulkifli manakala HPCS Sdn Bhd selaku penyedia aplikasi telah diwakili oleh Sdr CEO - Ts Shaharizal Othman. Mereka juga turut dibantu oleh pasukan masing-masing yang terdiri dari Bahagian Jualan dan Sokongan.

Taklimat dimulakan oleh Sdr Ts Shaharizal yang menerangkan secara umum tentang aplikasi USIMMasjidpro dan diikuti oleh Sdr Ahmad Shukri khusus untuk menyampaikan hasrat USIM untuk dapat membantu masjid-masjid melalui aplikasi ini.

Sesi diteruskan dengan penerangan secara terperinci tentang aplikasi oleh Sdr M. Ridzuan dari Bahagaian Jualan HPCS Sdn Bhd. Sesi soal jawab yang diadakan selepas itu telah berlangsung dengan baik dan mendapat maklum balas yang positif dari lebih dari 30 orang peserta.

Semoga aplikasi ini dapat membantu masjid-masjid di dalam pengurusan seharian dan seterusnya dapat memberikan manafaat kepada seluruh kariah amya.

Berminat untuk menggunakan Aplikasi ini? Segera hubungi kami melalui nombor 6011 2081 9331 (Whatsapp).

Salam Jumaat.

© 2025, USIMMasjidpro

Alamat

24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor DE

Telefon : +603 5887 3341 (Pejabat)  |  +6011 2081 9331 (Whatsapp)

We have 115 guests and no members online