Taklimat Aplikasi USIMMasjidpro (sesi ke 2) - 9 Julai 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak.
Jam 2.15 majlis bermula dengan ucapan aluan dari Pn Ameera dari USIM dan En Azhar Aziz yang mewakili HPCS Sdn Bhd dan seterusnya taklimat sistem oleh Cik Nabila. Hampir 30 orang hadir yang terdiri daripada wakil AJK masjid di sekitar Bagan Datuk. Majlis mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutama dalam sesi Q & A dengan hampir semua bertanyakan soalan.
Kami akan mengadakan beberapa taklimat lagi di Negeri Perak selepas bulan Ogos nanti memandangkan aplikasi ini akan dilancarkan secara besar-besaran dalam masa yang terdekat.
HPCS, USIM Edu dan Affin Bank juga akan mengadakan MOU sekitar pertengahan Ogos nanti dan InsyaAllah tour kami akan bersambung selepas itu.

