Taklimat dan sesi perkenalan sistem UsimMasjidPro bersama Tuan Haji Yusuf serta ahli jawatankuasa masjid telah diadakan pada Khamis, 18 September 2025, bertempat di Masjid Dato' Klana Putra, Nilai.
Taklimat disampaikan oleh Tuan Shahrizal Bin Othman, CEO HPCS, dengan turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Syukri Bin Zulkifli, CEO USIM Holdings.
Semoga apa yang telah dikongsikan ini menjadi langkah baharu ke arah pengurusan masjid yang lebih efisien dan sistematik, insyaallah..

